Aien Pinkpanda

Welcome To Le Awesome Blog





Hey there. That ain't cool if you didn't follow me.

Le Navigator



Le Rewind



Le Credits

Le Awesome People;

Skin by Amiey Eyrin
Header by Miszathirah
Re-edit by Aien Pinkpanda

All rights reserved ® Nurul Amerin 2011 - 2012


New Skin O.O


Thursday 20 December 2012 03:08 0 Atashinci(s)

Assalamualaikum, peace be upon to you. Hi for non muslims. So I just changed my skin after not such a long time. LOL

Bagi yang tertanya-tanya macam mana bunyi lagu Myungsoo dan Yerim - Love U Like U, itulah lagu yang sedang dimainkan sekarang. Amacam? Best kan?

Ok. Cut it off. Aku dengar, esok comeback Girls' Generation. Confirmed. So....

OMG SUCH A LONG TIME SINCE THE KOREAN COMEBACK OMG GIRLS' GENERATION OMG YOONAAAAAAAAAAA

Kay aku gila -.- Pardon me yeah. Bukan apa, aku excited sangat-sangat. Aku rindu diorang nyanyi lagu-lagu Korea. Asyik Jepun je kan. Lepas tu, guess what? Diorang akan rilis album English jugak ;AA; So many comebacks this year! So proud of Girls' Generation!

Aku rasa skin kali ini takkan tahan lama. Aku rasa esok atau lusa mesti dah jadi skin Girls' Generation :3 Dengan theme song lagu comeback diorang! Aku pasti lagu comeback diorang kali ini AWESOME seperti lagu-lagu Jepun diorang.

Fakta okey, fakta. Memang semua lagu Jepun diorang awesome. Especially "Flower Power", "T.O.P" dengan "Animal". Tiga lagu tu memang style muzik aku, aku suka lagu yang ada irama macam tu. Rap diorang smart woo :3 Haha. SNSD kan jarang rap. Walaupun jarang rap tapi kesemua rap diorang sentiasa smart. Terutamanya rap Yoona, Sooyoung, Sunny dan Hyoyeon. OMG goosebumps! Haha~

And siapa #TeamKpoppers? Korang ada nampakkan hashtag #TeamBenciKpop tu? Aku tak bagi apa-apa reaksi pun. Malas nak layan haters yang tak matang ni. Dahlah, tak payah susahkan diri tu dengan bagi nasihat yang bagi diorang bebelan dan leteran tu, buat susah je. Bila kita nasihat itu dan ini, makin diorang teringin nak buat Kpoppers marah. Chill, stay cool. Kadang-kadang kita pun ada kutuk artis dari negara lain tanpa kita sedari, sebenarnya semua peminat muzik ni sama je. Harap korang tak salah anggap nasihat aku ni, kalau nak kutuk aku pun, tak apalah. Semua orang tak sempurna, maafkan saja mereka tu. Ok, sampai sini sajalah aku post, jumpa lagi nanti :)


I Remember ♥


Wednesday 19 December 2012 01:59 0 Atashinci(s)

Hai, hai! Hehe! Suka tak lagu blog saya ni? Asalnya aku nak guna lagu Myungsoo dan Yerim - Love U Like U, but tak jadilah~ Hehe. Lain kalilah aku tukar. Lagu ni tajuknya I Remember nyanyian Yongguk dan Daehyun. Ni versi kedua selepas Yongguk dan Yoseob. Mana yang aku prefer? Ish, mestilah BAP version! Versi YongSeob pun best jugak but still, B.A.P! :)

Aku nak berterima kasih kepada yang bagi tutorial, Nur Farihah. Blog dia memang cantik ♥ Semuanyalah cantik-cantik. Blog aku simple je. Lagipun, orang jugak yang tolong editkan. Thank you kepada Izzatil Husna yang tolong edit blog aku ni. Sayang kau. Hehe.

Aku rasa beberapa ahli ISMA KIDS dah baca post aku yang sebelum tu. Dan guess what I got? Aku tak kena layan oleh beberapa budak ISMA KIDS. Huk aloh, diorang ni. Fine, kalau korang memang tak nak berkawan dengan aku, takpe. Banyakkkkkk lagi orang yang lebih baik dari korang. Harap jangan terasa :)

Sebenarnya aku stalk profile seorang lelaki ni. Hehe, yes, dia crush aku. Aku suka dia sebab sifat dia yang peramah, lucu, kelakar dan lain-lain yang baik tu. Tapi masalahnya, dia sudah diambil. Memanglah aku jeles, tapi kalau dia gembira, aku pun gembira ♥ Ok apahal jadi jiwang pulak ni.

Sebenarnya, ada beberapa budak lelaki yang cuba nak mengorat aku kat Facebook. Serious, disgusting k, DISGUSTING. Aku benci lelaki yang macam tu :/ Aku masih kecik la weh. Tak main couple-couple ni. Serious jelek :P

Kali ni aku taknaklah post panjang-panjang. Sebab dah tak ada idea. Hehe. Jangan lupa follow blog aku ye, dapat pahala tau. Hehehe~ Anyway, Assalamualaikum, chow dulu~! :)

ISMA KIDS


Tuesday 18 December 2012 11:44 0 Atashinci(s)

Assalamualaikum. Ya, ya. Tajuk aku adalah "SAKIT HATI". Nak tau kenapa?

Aku adalah join group nama dia ISMA KIDS. Aku sangka grup ni best, takde konflik, takde orang komplen semacam begitu. Tapi sejak aku terjumpa satu budak ni, aku mula faham. Grup ni sama je macam grup lain, ada konflik, rungutan and stuffs. Honestly aku tak suka kalau orang buat status-status yang komplen pasal hotstuff saja kena layan and pemikiran diorang terhadap ahli-ahli dalam ISMA KIDS tuh. Ya, aku selalu post status kat situ, perasan macamlah aku hotstuff sangat, padahal baru dua hari je kat Facebook. Pernah saya telah 'ditegur' oleh seorang budak ni dan saya mula rasa saya salah satu budak yang dia pergi rungut dan cakap benci tu, sampai rasa nak leave. Mungkin saya ni macam nak kejar publisiti, tapi saya memang rasa nak leave. Rasa nak leave yang teramat sangat tapi bila difikirkan balik, entah kenapa aku rasa macam tak nak leave. Hati aku dah menipu banyak terhadap aku :'(

Ramai orang yang tak hotstuff (kadang-kadang yang hotstuff pun ade) pergi komplen pasal hal 'asyik hotstuff yang dilayan', 'GA semua tu tipu je' dan lain-lain... Secara automatik ramailah likers, penyokong and lain-lain bagi orang yang post status tu. Bukanlah nak cakap aku jeles, tapi... Secara general, aku boleh rasakan itu hanyalah cara diorang untuk buat orang beri perhatian kat diorang. Walaupun kalau dilihat dari segi lain, ia dianggap sebagai nasihat, tapi takkanlah sampai nak cakap macam tu? Respect, guys. Respect. Kita haruslah respect satu sama lain. Aku pun tak fahamlah kenapa, kenapa dan kenapa diorang nak rungut pasal hal tu. Dah diorang antara yang terkenal, diorang baik hati sampai diangkat sebagai 'hotstuff'. Of courselah orang layan. Dalam erti kata lain, korang cemburu. Ya, kamu mungkin akan protes apa yang aku cakap ni. But seriously, terima sahaja fakta yang kamu sebenarnya cemburu. Ok dahla, malas nak cakap banyak lagi. Aku tahu, orang yang pergi merungut tu terasa. Jangan risau, aku pun dah terasa dengan post korang sebelum ni. Tak salah kalau nak orang ramai nak berkawan dengan korang, tapi janganlah guna taktik lain untuk dapatkan ramai kawan. Kesian tau orang-orang hotstuff dan yang komen/like hotstuff tu. Rasa macam beribu-ribu jarum tertusuk kat hati diorang sebaik sahaja baca ayat korang yang NESTEA tuh. So, sampai sini sajalah. I'll update next time. Assalamualaikum.

Wajib baca!


11:23 0 Atashinci(s)

Untuk orang Islam! Jangan malas untuk baca ni! Hah!!!! Dah terbaca mula-mula kan? Teruskan sampai bawah :)

Masih ingat andaian kiamat 2012? Tahun ni kan?? Jangan percaya lagi!!!!! Sebab kiamat menurut agama Islam:
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat Al-Ard akan keluar dari tanah dan akan menandai muslim yang sebenar-benarnya
- Kabus selama 40 hari akan mematikan semua orang beriman sejati sahaja mereka tidak perlu mengalami tanda-tanda kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
- Pemusnahan Kaabah
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang-binatang dan orang-orang kafir yang tersisa akan mati, semua gunung dan bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah dan bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka...  Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi
Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda:
"Barangsiapa yang mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak." 
Hah, dah baca tu? Janganlah terlalu percaya pasal 21 Disember yang kononnya akan kiamat. Itu semua andaian orang kafir yang sesat je tu. Tak apa, mari kita sama-sama berdoa agar segala dosa kita diampunkan sebelum pintu pengampunan ditutup! :)


First post


01:46 0 Atashinci(s)

Assalamualaikum, hello semua kaum kerabat yang dikasihi (Apa mende aku ni. Bukan ada orang follow pun. LOL)

First post? Yeah, ini first post aku. Aku tau aku amat ketinggalan sekarang. Aku baru je buat Facebook dua hari lepas, dan Twitter kalau tak silap semalam. Tapi yang sedihnya, Facebook aku dilock oleh Mark Suckerberg, aku pun tak tau kenapa. Jangan sangka itu adalah typo, k.

Aku nak tau apa pendapat korang pasal blog aku ni. Ya, blog aku memang tak cantik, simple dimple. Sekarang ni, aku memang mood T-ara. Bias aku, Park Jiyeon. Alamak, tak kenal dia ke ni? Aigoo~ Dia ni cantik, comel dan berbakat sangat tau. Dia boleh menyanyi, dia boleh menari dan dia boleh berlakon! Hah! Kau adoo? Hehe~ Tapi kalau korang betul-betul tak kenal  Jiyeon ni siapa, dialah perempuan kat header aku atas tu.

Anyway aku memang pissed off gila dengan orang yang buat Facebook ni. Apalah salah aku sampai account aku kena lock =.= Ok, tak apa, tak apa. Yang penting, aku akan kembali di Facebook suatu hari nanti. Walaupun bukan esok atau seminggu lebih aku tau aku akan dapatkan Facebook aku satu hari nanti. Aish, so pissed off!

Nanti bila aku dapat Facebook aku balik, aku akan follow semua link blog yang aku mintak dari para member ISMA KIDS. Aku tak nak kecewakan diorang, tu je. Dan tak lupa jugak aku akan promote blog aku *evil smirk~

Oh, ya. Aku pun ada buat fanpage untuk Jiyeon kesayangan aku ni, harap korang baik hatilah nak tolong like ye. Kalau tak nak like, takpe. Saya malas nak buat apa dah~ Page tu adalah Cutie Dino Park Jiyeon ツ. Like ok?! Hehe ;3

Aku ni bukan je Queen's untuk T-ara, aku jugak Pinkpanda, Sone, Baby, Melody, Aff(x)tion, STAR1 dan lain-lain. Sebenarnya, dulu aku ni tak minat siapa-siapa pun. Aku suka lagu je. Adalah satu hari ni, masa di kampung, sepupu aku pergi tukar channel Korea. Lepastu ada seorang kumpulan perempuan menyanyi. Lagu dia best sangat. Nak tahu siapa? Hah, mestilah APink~ Lagu yang diorang nyanyi tu, tajuk "My My". Masa tengok performance diorang, ada satu ahli yang menarik perhatian aku, dialah Son Naeun. Sejak dulu hingga kini, minat aku terhadap dia tak pernah pudar. Aku pun tak tahu kenapa.

Cerita pasal SNSD pulak. Bagaimana aku jadi Sone? Aku akui lagu "The Boys" tu memang best, tapi itu bukan sebab utama aku minat diorang. Hari tu, aku dengan sepupu aku sama-sama tengok Running Man episod 64 dan 65 di laptop. Masa tu, SNSD lah tetamu utama diorang, tapi lima orang sahaja yang datang iaitu Yoona, Yuri, Taeyeon, Jessica dan Seohyun. Masa diorang berbual-bual, Yoona menarik perhatian aku, cantik sangatlah dia! Masa aku tengok diorang berlumba tu, aku ketawa sampai rasa perut nak pecah, berguling-guling lagi di lantai. Ceh~ Main-main je la. Tapi serius, TERLALU lawak! Walaupun pemenang akhir bukanlah Yoona, tapi aku akui Seohyun memang hebat sebab dapat kalahkan semua kakak-kakaknya tu :D

Cerita pasal BAP. Kalau korang nak tau, aku minat gila dengan Zelo masa diorang promote kan "Never Give Up" masa era Bang & Zelo. Zelo ni tinggi sangat, aku check tinggi dia, fulamak! 184 cm. Tinggi tu bro. Jadi aku pergi checklah profile penuh dia, terus aku dapat brainstorm, kenapa? Punya tak percaya aku yang Zelo tu muda lagi, 16 tahun bro! Aduiii~ Aku memang envy dengan bakat rap Zelo tuh. DAN sebenarnya, orang yang nyanyi high note kat "Never Give Up" tu Zelo rupanya, berbakat gilalah budak kecik ni. Ahaks. Walaupun aku tak berapa suka gaya rambut dia masa era Bang & Zelo dan Warrior, aku tak kisah langsung. Masa diorang comeback dengan lagu "Power", aku makin suka dengan Zelo nih! STAIL RAMBUT PINK! OMG~ Haha. Beralih kepada lagu "No Mercy", OMG OMG OMG!!! RAMBUT BIRU!!! COMELNYA~ merupakan reaksi pertama aku masa nampak rambut dia yang berubah tu. Tambahan lagi dengan satoori rap dia dengan Bang. Aku dapat rasakan yang Daehyun agak terasa, dan dia mungkin terfikir, "Mentang-mentang aku dari Busan, kenapa korang nak guna dialek satoori? Cish!" LOL apalah aku ni fikir yang bukan-bukan. Lalala~ ;3 DANN! Comeback seterusnya, lagu "Crash"! Aku memang teruja gila sebab diorang filemkan video lagu tu di Sunway Lagoon! Aish~ Kenapalah aku tak pergi sana masa tu! Grr, geram, geram! Seperti biasa, rap Zelo memang powerful dan laju, susah bagi aku nak ikut, hee~ Stail lagu ni pun lain dari yang lain, sebelum ni mereka dengan gaya yang 'man', kini dengan stail lagu yang sangat kiut! Tapi aku rasa kesian pada Yongguk, bersusah payah dia berusaha menjadi comel di hadapan audience, kekeke~ Siap masa satu performance ni, Yongguk pergi angkat giant maknae Zelo secara 'bridal style', dan dia cakap tangannya hampir patah kerana Zelo. Kekeke~ Seterusnya, yang terakhir bagi tahun ni, "Stop It"! B.A.P KEMBALI MENJADI BLONDE! Haha~ Lagu ni jugak cute macam Crush, dan rap Zelo jugak bertambah dalam lagu ni. Dan tiba-tiba je terpikat dengan Daehyun. Haha~ Untuk sementara je. Nanti Zelo marah, aku curang dengan dia, hehe!

Setakat ni, ini jelah yang aku nak ceritakan. Lain kali jumpa lagi ya! See you soon! Assalamualaikum, :)