Aien Pinkpanda

Welcome To Le Awesome Blog





Hey there. That ain't cool if you didn't follow me.

Le Navigator



Le Rewind



Le Credits

Le Awesome People;

Skin by Amiey Eyrin
Header by Miszathirah
Re-edit by Aien Pinkpanda

All rights reserved ® Nurul Amerin 2011 - 2012


First post


Tuesday 18 December 2012 01:46 0 Atashinci(s)

Assalamualaikum, hello semua kaum kerabat yang dikasihi (Apa mende aku ni. Bukan ada orang follow pun. LOL)

First post? Yeah, ini first post aku. Aku tau aku amat ketinggalan sekarang. Aku baru je buat Facebook dua hari lepas, dan Twitter kalau tak silap semalam. Tapi yang sedihnya, Facebook aku dilock oleh Mark Suckerberg, aku pun tak tau kenapa. Jangan sangka itu adalah typo, k.

Aku nak tau apa pendapat korang pasal blog aku ni. Ya, blog aku memang tak cantik, simple dimple. Sekarang ni, aku memang mood T-ara. Bias aku, Park Jiyeon. Alamak, tak kenal dia ke ni? Aigoo~ Dia ni cantik, comel dan berbakat sangat tau. Dia boleh menyanyi, dia boleh menari dan dia boleh berlakon! Hah! Kau adoo? Hehe~ Tapi kalau korang betul-betul tak kenal  Jiyeon ni siapa, dialah perempuan kat header aku atas tu.

Anyway aku memang pissed off gila dengan orang yang buat Facebook ni. Apalah salah aku sampai account aku kena lock =.= Ok, tak apa, tak apa. Yang penting, aku akan kembali di Facebook suatu hari nanti. Walaupun bukan esok atau seminggu lebih aku tau aku akan dapatkan Facebook aku satu hari nanti. Aish, so pissed off!

Nanti bila aku dapat Facebook aku balik, aku akan follow semua link blog yang aku mintak dari para member ISMA KIDS. Aku tak nak kecewakan diorang, tu je. Dan tak lupa jugak aku akan promote blog aku *evil smirk~

Oh, ya. Aku pun ada buat fanpage untuk Jiyeon kesayangan aku ni, harap korang baik hatilah nak tolong like ye. Kalau tak nak like, takpe. Saya malas nak buat apa dah~ Page tu adalah Cutie Dino Park Jiyeon ツ. Like ok?! Hehe ;3

Aku ni bukan je Queen's untuk T-ara, aku jugak Pinkpanda, Sone, Baby, Melody, Aff(x)tion, STAR1 dan lain-lain. Sebenarnya, dulu aku ni tak minat siapa-siapa pun. Aku suka lagu je. Adalah satu hari ni, masa di kampung, sepupu aku pergi tukar channel Korea. Lepastu ada seorang kumpulan perempuan menyanyi. Lagu dia best sangat. Nak tahu siapa? Hah, mestilah APink~ Lagu yang diorang nyanyi tu, tajuk "My My". Masa tengok performance diorang, ada satu ahli yang menarik perhatian aku, dialah Son Naeun. Sejak dulu hingga kini, minat aku terhadap dia tak pernah pudar. Aku pun tak tahu kenapa.

Cerita pasal SNSD pulak. Bagaimana aku jadi Sone? Aku akui lagu "The Boys" tu memang best, tapi itu bukan sebab utama aku minat diorang. Hari tu, aku dengan sepupu aku sama-sama tengok Running Man episod 64 dan 65 di laptop. Masa tu, SNSD lah tetamu utama diorang, tapi lima orang sahaja yang datang iaitu Yoona, Yuri, Taeyeon, Jessica dan Seohyun. Masa diorang berbual-bual, Yoona menarik perhatian aku, cantik sangatlah dia! Masa aku tengok diorang berlumba tu, aku ketawa sampai rasa perut nak pecah, berguling-guling lagi di lantai. Ceh~ Main-main je la. Tapi serius, TERLALU lawak! Walaupun pemenang akhir bukanlah Yoona, tapi aku akui Seohyun memang hebat sebab dapat kalahkan semua kakak-kakaknya tu :D

Cerita pasal BAP. Kalau korang nak tau, aku minat gila dengan Zelo masa diorang promote kan "Never Give Up" masa era Bang & Zelo. Zelo ni tinggi sangat, aku check tinggi dia, fulamak! 184 cm. Tinggi tu bro. Jadi aku pergi checklah profile penuh dia, terus aku dapat brainstorm, kenapa? Punya tak percaya aku yang Zelo tu muda lagi, 16 tahun bro! Aduiii~ Aku memang envy dengan bakat rap Zelo tuh. DAN sebenarnya, orang yang nyanyi high note kat "Never Give Up" tu Zelo rupanya, berbakat gilalah budak kecik ni. Ahaks. Walaupun aku tak berapa suka gaya rambut dia masa era Bang & Zelo dan Warrior, aku tak kisah langsung. Masa diorang comeback dengan lagu "Power", aku makin suka dengan Zelo nih! STAIL RAMBUT PINK! OMG~ Haha. Beralih kepada lagu "No Mercy", OMG OMG OMG!!! RAMBUT BIRU!!! COMELNYA~ merupakan reaksi pertama aku masa nampak rambut dia yang berubah tu. Tambahan lagi dengan satoori rap dia dengan Bang. Aku dapat rasakan yang Daehyun agak terasa, dan dia mungkin terfikir, "Mentang-mentang aku dari Busan, kenapa korang nak guna dialek satoori? Cish!" LOL apalah aku ni fikir yang bukan-bukan. Lalala~ ;3 DANN! Comeback seterusnya, lagu "Crash"! Aku memang teruja gila sebab diorang filemkan video lagu tu di Sunway Lagoon! Aish~ Kenapalah aku tak pergi sana masa tu! Grr, geram, geram! Seperti biasa, rap Zelo memang powerful dan laju, susah bagi aku nak ikut, hee~ Stail lagu ni pun lain dari yang lain, sebelum ni mereka dengan gaya yang 'man', kini dengan stail lagu yang sangat kiut! Tapi aku rasa kesian pada Yongguk, bersusah payah dia berusaha menjadi comel di hadapan audience, kekeke~ Siap masa satu performance ni, Yongguk pergi angkat giant maknae Zelo secara 'bridal style', dan dia cakap tangannya hampir patah kerana Zelo. Kekeke~ Seterusnya, yang terakhir bagi tahun ni, "Stop It"! B.A.P KEMBALI MENJADI BLONDE! Haha~ Lagu ni jugak cute macam Crush, dan rap Zelo jugak bertambah dalam lagu ni. Dan tiba-tiba je terpikat dengan Daehyun. Haha~ Untuk sementara je. Nanti Zelo marah, aku curang dengan dia, hehe!

Setakat ni, ini jelah yang aku nak ceritakan. Lain kali jumpa lagi ya! See you soon! Assalamualaikum, :)